Friday 14 December 2012

WAHAI SAYANGKU... DIRIMU SUNGGUH CANTIK :')


salam alaik.. wahai ukhti dirimu sungguh berharga :') pelihara lah auratmu sebaiknya. 



wahai ukhti

bertudunglah walau terpaksa

tutuplah lengan mu

panjangkanlah tudungmu menutupi dada

labuhkanlah pakaianmu

pakailah stoking dikaki mu

jagalah pergaulanmu

bataskanlah dirimu dengan lelaki

malukanlah dirimu

tundukkanlah pandanganmu

jagalah percakapanmu




"Wahai kaum hawa dirimu begitu berharga.Maka jagalah kehormatan mudah-mudahan kamu bertakwa ."


ya ukhti...

jangan biarkan tanggan yang mahram menyentuhmu

jangan biarkan mata yang jahat melihatmu

jangan membuat suara manja atau mengoda dengan lelaki yang bukan mahram mu


"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32

jangan merendahkan maruahmu


jangan membiarkan gambarmu ditontoni lelaki

jangan membiarkan lelaki melihat rambutmu


"Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


janganlah dikau pakai pakaian yang jarang yang menampakkan tubuh


‎" Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
(Riwayat Muslim dan Bukhari)


janganlah pakai yang berlebihan



"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti"
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)



jagalah diri sebaiknya :') jagalah pergaulanmu ya ukhti





aku menulis bukan kerana diri ini alim... tapi hanya sekadar meluahkan perasan ku.. wahai ukhti begitu ramai wanita telah ku temui tidak berpakai sopan :'( tolonglah ukhti jangan biarkan aurat mu terdedah :'( aku mohon.. jagalah dirimu sebaiknya.. jika kita tidak dapat mendapat menjadi mawar berduri cukuplah kita mencontohi srikandi2 islam :')

Wahai Wanita Jagalah Dirimu.. :')




Buat muslimah, 



Pilihlah SEMALU menjadi Contohmu, 



tidak memikat Si Kumbang, 



jua Berduri malah Menguncup saat disentuh.



Maka tidak akan ada Iman Adam yang bakal Kau Ranapkan 



sekaligus Mengangkat lagi Martabatmu dengan menjadi yang 'Tersembunyi' 



Tundukkan pandangan Indah anda itu 



kerana kesianlah Hati Ikhwah2 yang merana Diragut Anda Tanpa Sengaja.




....dengarkanlah pesanan ku ini ya ukhti...


4 comments: