Thursday 24 January 2013

Apakah itu Halawatul Iman atau Kemanisan Iman?


Halawatul Iman / Kemanisan Iman -

Apakah itu Halawatul Iman atau Kemanisan Iman?

Halawatul Iman bermaksud berasa gembira dalam beribadat , sanggup menanggung kepahitan demi mendapat keredhaan Allah S.W.T dan rasulNya serta mengutamakan Allah S.W.T dan rasulNya melebihi harta benda dunia.

Sabda Rasulullah SAW :

"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mengapa pentingnya Halawatul Ima ini buat kita?

Ianya kerana apabila kemanisan dan kelazatan iman telah bertapak di jiwa, tiada lagi rasa penat, sukar, bosan, malas dan rugi dalam melaksanakan tuntutan Allah SWT. Ia mengatasi segala sesuatu di dunia ini! Kemanisan ynag dirasai di jiwa dan tidak dapat digambar dan dihuraikan dengan kata-kata! Hati akan rasa bahagia bila melaksanakan ketaatan dan meninggalkan kemungkaran. Jiwanya reda dan pasrah diatas segala ketentuan dan kehendakNya baik berupa rahmat yang datang mahupun musibah yang melanda.

Inilah keajaibannya seorang Mukmin dalam menempuh hidup ini. Bila ia mendapat nikmat dia bersyukur tapi bila mendapat musibah dia bersabar. Dia dapat menukarkan segala sesuatu yang susah dan sukar itu menjadi kebaikan pada dirinya. Dia dapat menerima segala cabaran dengan jiwa yang tenang dan hati yang penuh dengan rasa kemanisan iman.

Hati orang yang beriman itu sangat mencintai Allah maka Allah juga akan mencintainya. Bila Allah mencintai sesaorang, maka akan dipermudahkan segala baginya. Dalam satu hadith Qudsi yang bermaksud :


" Jika Allah mencintai seorang hamba, maka Allah akan berfirman, " Wahai Jibrail, Aku mencintai sorang hamba maka cintailah dia." Kemudian Jibrail memanggil penduduk langit dan berkata, " Sesungguhnya Allah SWT mencintai si fulan maka cintailah dia. (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah)


Bagaimana pula cara memburu kemanisan iman ini? Adakah cukup dengan sekadar amalan-amalan biasa kita pada setiap hari? Mari kita menyingkap hadith Rasul dari Anas bin Malik ra. tentang hakikat jiwa yang merasai kemanisan iman ini '


" Tiga perkara apabila terdapat pada diri sesaorang, ia merasai kemanisan iman iaitu sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi segalanya, mencintai sesaorang kerana Allah dan benci kembali kepada kekufuran seperti bencinya dicampakkan ke api neraka.". 


Ketiga-tiga ciri tersebut bila dimiliki oleh seseorang, ia akan dapat merasai manis dan lazatnya iman. Namun untuk mendapatkannya perlu melalui perjuangan dan perjalanan yang sukar. Kemanisan iman itu adalah kemuncak pendakian dalam melalui perjalanan yang sukar ini. Ia perlu melepasi tahap-tahap perjuangan bermula dengan tahap kepahitan dan kepedihan, dilkuti dengan tahap kebiasaan dan akhirnya tahap kemanisan.

Apakah diri anda sudah merasainya atau belum? Jika tidak, apakah hanya mahu melepaskan Halawatul Iman ini?



Tepuk dada. Buka Buka hati. Buka minda. Tanya iman. Apa khabar imanmu?

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
    Terima kasih atas ilmunya ukhti :)
    Oya ini judul lagunya yang di list pertama apa ukhti?
    Boleh di share?

    ReplyDelete