Merdunya suara yang ku kenal itu melaungkan azan..
Tenang rasa hati ini
Terbit rasa dan harapan..
ingin menjadi makmumnya dalam tiap solat fardunya
ingin mendengar laungan azan itu setiap hari
ingin mendengarkan suara itu mengalunkan ayat2 suci-Mu
ingin solat berjemmah bersamanya tiap solat 5 waktu
Ya Allah jika tercipta untuknya
Pertemukan kami dalam ikatan yang sah di sisi-Mu
Kerna aku hanya ingin cinta yang halal kerana...
"Apabila bertaut dua hati yang tidak halal, maka akan ada yang ketiga, yakni syaitan. Dia yang menjadikan hubungan antara lelaki dan wanita itu indah. Syaitan mengaburi mata manusia dengan kemanisan hubungan yang tidak halal"
Aku tak mahu mengingatinya lebih mengingatiMu
Aku tak mahu menjadikan hatinya lalai dari mengingatiMu
Ya Allah, jika aku adalah jodohnya
Permudahkan jalan kami
Jika belum tiba masanya untuk kami saling mencintai
Maka Kau jagalah cinta yang ada di dalam hati kami
Kau bantulah kami agar tidak hanyut
Jagalah cintaku padanya
Tuhan, tabahkan hatiku untuk melihatnya sekadar dari jauh
demi-Mu ya Allah, aku meninggalkannya
sedangkan sukar untuk melupakannya
sukar melupakan kenangan yang tercipta
antara Engkau dengan-Nya, Engkaulah segala-segalanya
biarkan kami berpisah sementara dan membawa hala tuju masing-masing
juga menggapai cita-cita
Tuhan, aku yakin bila tibanya pasti kami akan bersua
Dan di saat itu aku menerima kehadiranya
Tapi jika bukan dia yang tercipta untuk menjadi imamku
Maka redhakan hatiku..agar aku hanya dapat menyayanginya sekadar saja
Mungkin ada yang lebih baik yang telak Kau cipta untuk kami
Ibu mana yang tak mahu dia menjadi imam kepada anak gadisnya?
Tapi kerana mahu melindungi hati yang mudah rapuh dan terluka itu
Disuruhnya anak gadisnya melupakan insan itu
Si ibu juga yakin, jodoh yang terbaik untuk anaknya adalah rahsiaMu
YA ALLAH...bila kehadiranku menganggu hatinya,
tidak membawa kebaikan padanya,
maka Kau pisahkan kami biarpun kami terluka..
bila aku tidak layak dan bukanyang terbaik untuknya..
maka Kau jauhkanlah aku darinya..
bila bukan aku yang tertulis untuk melengkapkan separuh dari agamanya,
maka jarakkan kami agar tidak timbul rasa yang mengundang kecewa..
jika aku banyak melalaikannya,
jika aku membawanya jauh daripada-Mu
dan jika dia mencintai dan mengingati aku lebih banyak berbanding Engkau,
maka biarkan aku meninggalaknannya.
Jika benar aku mencintai kerana cintanya pada-Mu melebihi segalanya,
maka izinkan aku menjadi zaujahnya
Ya Allah...
kurniakanlah kami pasangan yang soleh...
yang menjaga dirinya...
yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya...
yang sentiasa memperbaiki dirinya...
yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah...
yang baik akhlaknya...
yang menerima kami apa adanya...
yang akan membawa kami menuju Jannah Mu Ya Rabb...
kabulkan ya Allah...kerana hati kami teramat lemah...
Allah, hanya pada-Mu tempat ku gantung harapan.
Aku menunggumu kerana Allah. Ini bukan rajutan perasaan untuk sebuah penantian, mengapa aku berkata seperti ini?
Kerana aku tahu, diriku terlalu banyak kekurangan dan aku perlukan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hatiku yang tegas
dan yang lebih teguh untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izin-Nya,
aku tahu terlalu banyak yang harus aku perbaiki
maka, aku menunggumu sang Adam untuk menjadi pendamping hidupku
aku menunggumu untuk lebih membimbingku dengan tulusmu untuk lebih mengajarku dengan sabar
hingga kenikmatan imanku terhadap-Nya semakin dalam dengan izin-Nya di setiap harinya untuk selama-lamanya...
Jika dirimu Belum sempurna untuk MEMINANG ku
saat ini Pergilah menjauh dariku Akhi....
Biarkan hatiku sendiri dalam penantian ini,
jangan kau usik hatiku dengan kehadiranmu saat ini yang dapat melalaikanku dari mengingati-Nya....
Maafkan aku Akhi.... kerana Tidak aku sangka aku pernah tersenyum, menagis dan gelisah kerana hadirmu itu.
Maafkan aku
Wahai bakal suami dalam hidupku...
Walau siapapun engkau...
Dari mana pun engkau...doakanlah aku di sini,
untuk kuat menyimpan hati ini hanya untukmu....
Dan temuilah waliku Jika kau telah sedia
Ya Allah, penuhkan cinta-Mu dalam qalbuku agar aku tidak lemas dalam cinta yang tidak halal untuk diriku....
:')
No comments:
Post a Comment