Wednesday 13 January 2016

Sesi Ta'aruf & Usrah Ilmu TeamHijrah Johor (muslimat sahaja)



Assalamu'alaikum wr. keluarga kami di TeamHijrah Johor smile emoticon
Sukacita dimaklumkan bahawa kita akan sekali lagi mengadakan Sesi Ta'aruf & Usrah Ilmu THJ seperti berikut:-
Hari / Tarikh : Sabtu / 16 Januari 2016
Masa : 8.30 pagi hingga 1 petang
Tempat : No 5 Jalan Lampam 34 Taman Tanjong Puteri Resort 81700 Pasir Gudang, Johor
Sepeti sesi-sesi sebelum ini, kita akan diisi dengan slot suai kenal dan usrah yang fokus kepada ilmu-ilmu fardhu 'ain (tauhid, fiqh & tasauf)..
Semua ahli keluarga THJ tak mengira yg lama atau yg baru sangat2 dialu-alukan utk datang dan sama2 berta'aruf serta menuntut ilmu yg fardhu ke atas kita..
Semoga dilimpahkan sebanyak2 rahmat ke atas semua mereka yg ikhlas meniti jalan menuntut ilmu demi redha Ilahi smile emoticon

Sunday 4 October 2015

NAMA RASUL 313

Telah kita ketahui bersama bahwa nama-nama rasul yang wajib kita hafal dan ketahui ada 25.
Sedangkan jumlah keseluruhan para rasul ada 313. Mungkin ini yang tidak banyak diketahui orang, yakni tentang nama-nama para rasul yang berjumlah 313. Mengagungkan mereka bermakna mengagungkan Allah.
Al-Alim al-‘Allamah asy-Syaikh Muhammad Nawawi al-Jawi al-Banteni (kelahiran Tanara, Serang, Banten tahun 1813 M dan wafat di Mekkah tahun 1897 M), dalam kitabnya yang
berjudul ats-Tsamaru al-Yani’ah fi Riyadh al-Badi’ah menjelaskan:
ﻓﻤﻦ ﻛﺘﺐ ﺍﺳﻤﺎﺋﻬﻢ ﻭﻭﺿﻌﻬﻢ ﻓﻰ ﺑﻴﺘﻪ ﺍﻭ ﻗﺮﺍﻫﺎ ﺍﻭﺣﻤﻠﻬﺎ ﺗﻌﻈﻴﻤﺎ ﻟﻬﻢ
ﻭﺗﻜﺮﻳﻤﺎ ﻟﺬﻭﺍﺗﻬﻢ ﻭﺍﺣﺘﺮﺍﻣﺎ ﻟﻨﺒﻮﺗﻬﻢ ﻭﺍﺳﺘﻤﺪﺍﺩﺍ ﻣﻦ ﻫﻤﻤﻬﻢ ﺍﻟﻌﺎﻟﻴﺔ ﻭﺍﺳﺘﻐﺎﺛﺔ
ﺑﺎﺭﻭﺍﺣﻬﻢ ﺍﻟﻤﻘﺪﺳﺔ ﺳﻬﻞ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻣﻮﺭﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﻭﺍﻻﺧﺮﺓ ﻭﻓﺘﺢ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﺨﻴﺮﺍﺕ
ﻭﻧﺰﻭﻝ ﺍﻟﺮﺣﻤﺔ ﻭﺍﻟﺒﺮﻛﺎﺕ ﻭﺩﻓﻊ ﻋﻨﻪ ﺍﻟﺸﺮﻭﺭ , ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ
ﺣﻴﺎﺗﻬﻢ ﻭﻣﻤﺎﺗﻬﻢ ﺳﻮﺍﺀ ﻓﻬﻢ ﻣﺘﺼﺮﻓﻮﻥ ﻓﻲ ﺍﻻﺭﺽ ﻭﺍﻟﺴﻤﺎﺀ .
“Barangsiapa yang menulis nama-nama rasul dan meletakkannya di rumah atau membacanya atau membawanya dengan mengagungkan mereka, memuliakan keberadaan mereka, menghormati kenabian mereka, berharap dari keinginan mereka yang tinggi dan beristighatsah dengan ruh-ruh mereka yang suci, maka akan dimudahkan oleh Allah Swt. segala urusan di dunia dan akhirat. Dan akan dibukakan pintu-pintu kebaikan dan diturunkan rahmat, keberkahan serta menolak segala keburukan. Rasulullah Saw. bersabda: “Hidup dan matinya mereka (para rasul) itu sama saja, tetap beraktiviti (hidup) di bumi
dan di langit.”
“Dan menurut pendapat yang masyhur,
sesungguhnya para rasul itu berjumlah 313, seperti yang disebutkan dalam hadis riwayat Abu Zar Ra. Dan inilah nama-nama rasul itu seperti yang diriwayatkan dari sahabat Anas Ra.:
1. Adam As.
2. Tsits As.
3. Anuwsy As.
4. Qiynaaq As.
5. Mahyaa’iyl As.
6. Akhnuwkh As.
7. Idris As.
8. Mutawatsilakh As.
9. Nuh As.
10. Hud As.
11. Abhaf As.
12. Murdaaziyman As.
13. Tsari’ As.
14. Sholeh As.
15. Arfakhtsyad As.
16. Shofwaan As.
17. Handholah As.
18. Luth As.
19. Ishoon As.
20. Ibrahim As.
21. Isma’il As.
22. Ishaq As.
23. Ya’qub As.
24. Yusuf As.
25. Tsama’il As.
26. Su’aib As.
27. Musa As.
28. Luthoon As.
29. Ya’wa As.
30. Harun As.
31. Kaylun As.
32. Yusya’ As.
33. Daaniyaal As.
34. Bunasy As.
35. Balyaa As.
36. Armiyaa As.
37. Yunus As.
38. Ilyas As.
39. Sulaiman As.
40. Daud As.
41. Ilyasa’ As.
42. Ayub As.
43. Aus As.
44. Dzanin As.
45. Alhami’ As.
46. Tsabits As.
47. Ghobir As.
48. Hamilan As.
49. Dzulkifli As.
50. Uzair As.
51. Azkolan As.
52. Izan As.
53. Alwun As.
54. Zayin As.
55. Aazim As.
56. Harbad As.
57. Syadzun As.
58. Sa’ad As.
59. Gholib As.
60. Syamaas As.
61. Syam’un As.
62. Fiyaadh As.
63. Qidhon As.
64. Saarom As.
65. Ghinadh As.
66. Saanim As.
67. Ardhun As.
68. Babuzir As.
69. Kazkol As.
70. Baasil As.
71. Baasan As.
72. Lakhin As.
73. Ilshots As.
74. Rasugh As.
75. Rusy’in As.
76. Alamun As.
77. Lawqhun As.
78. Barsuwa As.
79. Al-‘Adzim As.
80. Ratsaad As.
81. Syarib As.
82. Habil As.
83. Mublan As.
84. Imron As.
85. Harib As.
86. Jurits As.
87. Tsima’ As.
88. Dhorikh As.
89. Sifaan As.
90. Qubayl As.
91. Dhofdho As.
92. Ishoon As.
93. Ishof As.
94. Shodif As.
95. Barwa’ As.
96. Haashiim As.
97. Hiyaan As.
98. Aashim As.
99. Wijaan As.
100. Mishda’ As.
101. Aaris As.
102. Syarhabil As.
103. Harbiil As.
104. Hazqiil As.
105. Asymu’il As.
106. Imshon As.
107. Kabiir As.
108. Saabath As.
109. Ibaad As.
110. Basylakh As.
111. Rihaan As.
112. Imdan As.
113. Mirqoon As.
114. Hanaan As.
115. Lawhaan As.
116. Walum As.
117. Ba’yul As.
118. Bishosh As.
119. Hibaan As.
120. Afliq As.
121. Qoozim As.
122. Ludhoyr As.
123. Wariisa As.
124. Midh’as As.
125. Hudzamah As.
126. Syarwahil As.
127. Ma’n’il As.
128. Mudrik As.
129. Hariim As.
130. Baarigh As.
131. Harmiil As.
132. Jaabadz As.
133. Dzarqon As.
134. Ushfun As.
135. Barjaaj As.
136. Naawi As.
137. Hazruyiin As.
138. Isybiil As.
139. Ithoof As.
140. Mahiil As.
141. Zanjiil As.
142. Tsamithon As.
143. Alqowm As.
144. Hawbalad As.
145. Solih As.
146. Saanukh As.
147. Raamiil As.
148. Zaamiil As.
149. Qoosim As.
150. Baayil As.
151. Yaazil As.
152. Kablaan As.
153. Baatir As.
154. Haajim As.
155. Jaawih As.
156. Jaamir As.
157. Haajin As.
158. Raasil As.
159. Waasim As.
160. Raadan As.
161. Saadim As.
162. Syu’tsan As.
163. Jaazaan As.
164. Shoohid As.
165. Shohban As.
166. Kalwan As.
167. Shoo’id As.
168. Ghifron As.
169. Ghooyir As.
170. Lahuun As.
171. Baldakh As.
172. Haydaan As.
173. Lawii As.
174. Habro’a As.
175. Naashii As.
176. Haafik As.
177. Khoofikh As.
178. Kaashikh As.
179. Laafats As.
180. Naayim As.
181. Haasyim As.
182. Hajaam As.
183. Miyzad As.
184. Isyamaan As.
185. Rahiilan As.
186. Lathif As.
187. Barthofun As.
188. A’ban As.
189. Awroidh As.
190. Muhmuthshir As.
191. Aaniin As.
192. Namakh As.
193. Hunudwal As.
194. Mibshol As.
195. Mudh’ataam As.
196. Thomil As.
197. Thoobikh As.
198. Muhmam As.
199. Hajrom As.
200. Adawan As.
201. Munbidz As.
202. Baarun As.
203. Raawan As.
204. Mu’biin As.
205. Muzaahiim As.
206. Yaniidz As.
207. Lamii As.
208. Firdaan As.
209. Jaabir As.
210. Saalum As.
211. Asyh As.
212. Harooban As.
213. Jaabuk As.
214. Aabuj As.
215. Miynats As.
216. Qoonukh As.
217. Dirbaan As.
218. Shokhim As.
219. Haaridh As.
220. Haarodh As.
221. Harqiil As.
222. Nu’man As.
223. Azmiil As.
224. Murohhim As.
225. Midaas As.
226. Yanuuh As.
227. Yunus As.
228. Saasaan As.
229. Furyum As.
230. Farbusy As.
231. Shohib As.
232. Ruknu As.
233. Aamir As.
234. Sahnaq As.
235. Zakhun As.
236. Hiinyam As.
237. Iyaab As.
238. Shibah As.
239. Arofun As.
240. Mikhlad As.
241. Marhum As.
242. Shonid As.
243. Gholib As.
244. Abdullah As.
245. Adruzin As.
246. Idasaan As.
247. Zahron As.
248. Bayi’ As.
249. Nudzoyr As.
250. Hawziban As.
251. Kaayiwuasyim As.
252. Fatwan As.
253. Aabun As.
254. Rabakh As.
255. Shoobih As.
256. Musalun As.
257. Hijaan As.
258. Rawbal As.
259. Rabuun As.
260. Mu’iilan As.
261. Saabi’an As.
262. Arjiil As.
263. Bayaghiin As.
264. Mutadhih As.
265. Rahiin As.
266. Mihros As.
267. Saahin As.
268. Hirfaan As.
269. Mahmuun As.
270. Hawdhoon As.
271. Alba’uts As.
272. Wa’id As.
273.. Rahbul As.
274. Biyghon As.
275. Batiihun As.
276. Hathobaan As.
277. Aamil As.
278. Zahirom As.
279. Iysaa As.
280. Shobiyh As.
281. Yathbu’ As.
282. Jaarih As.
283. Shohiyb As.
284. Shihats As.
285. Kalamaan As.
286. Bawumii As.
287. Syumyawun As.
288. Arodhun As.
289. Hawkhor As.
290. Yaliyq As.
291. Bari’ As.
292. Aa’iil As.
293. Kan’aan As.
294. Hifdun As.
295. Hismaan As.
296. Yasma’ As.
297. Arifur As.
298. Aromin As.
299. Fadh’an As.
300. Fadhhan As.
301. Shoqhoon As.
302. Syam’un As.
303. Rishosh As.
304. Aqlibuun As.
305. Saakhim As.
306. Khoo’iil As.
307. Ikhyaal As.
308. Hiyaaj As.
309. Zakariya As.
310. Yahya As.
311. Jurhas As.
312. Isa As.
313. Nabi Muhammad Saw.
ﻭﺍﻟﻤﺸﻬﻮﺭ ﺍﻥ ﺍﻟﻤﺮﺳﻠﻴﻦ ﺛﻼﺛﻤﺎﺋﺔ ﻭﺛﻼﺛﺎ ﻋﺸﺮ ﻛﻤﺎ ﻓﻲ ﺣﺪﻳﺚ ﺍﺑﻲ ﺫﺭ
ﻭﻫﺎﻫﻲ ﺍﺳﻤﺎﺅﻫﻢ ﻋﻠﻰ ﻣﺎﺭﻭﻯ ﻋﻦ ﺍﻧﺲ : ﺍﺩﻡ , ﺷﻴﺚ , ﺍﻧﻮﺵ , ﻗﻴﻨﺎﻕ ,
ﻣﻬﻴﺎﺋﻴﻞ , ﺍﺧﺘﻮﺥ , ﺍﺩﺭﻳﺲ , ﻣﺘﻮﺷﻠﺦ , ﻧﻮﺡ , ﻫﻮﺩ , ﻋﺒﻬﻒ , ﻣﺮﺩﺍﺭﻳﻢ , ﺷﺎﺭﻉ ,
ﺻﺎﻟﺢ , ﺍﺭﻓﺨﺸﺬ , ﺻﻔﻮﺍﻥ , ﺣﻨﻈﻠﺔ , ﻟﻮﻁ , ﻋﺼﺎﻥ , ﺍﺑﺮﺍﻫﻴﻢ , ﺍﺳﻤﻌﻴﻞ ,
ﺍﺳﺤﻖ , ﻳﻌﻘﻮﺏ , ﻳﻮﺳﻒ , ﺷﻤﺎﺋﻴﻞ , ﺷﻌﻴﺐ , ﻣﻮﺳﻰ , ﻟﻮﻃﺎﻥ , ﻳﻌﻮﺍ , ﻫﺮﻭﻥ ,
ﻛﻠﻴﻞ , ﻳﻮﺷﻊ , ﺩﺍﻧﻴﺎﻝ , ﺑﻮﻧﺶ , ﺑﻠﻴﺎ , ﺍﺭﻣﻴﺎ , ﻳﻮﻧﺲ , ﺍﻟﻴﺎﺱ , ﺳﻠﻴﻤﺎﻥ , ﺩﺍﻭﺩ ,
ﺍﻟﻴﺴﻊ , ﺍﻳﻮﺏ , ﺍﻭﺱ , ﺫﺍﻧﻴﻦ , ﺍﻟﻬﻤﻴﻊ , ﺛﺎﺑﺖ , ﻏﺎﺑﺮ , ﻫﻤﻴﻼﻥ , ﺫﻭﺍﻟﻜﻔﻞ ,
ﻋﺰﻳﺮ , ﻋﺰﻗﻼﻥ , ﻋﺰﺍﻥ , ﺍﻟﻮﻭﻥ , ﺯﺍﻳﻦ , ﻋﺎﺯﻡ , ﻫﺮﻳﺪ , ﺷﺎﺫﻥ , ﺳﻌﺪ , ﻏﺎﻟﺐ ,
ﺷﻤﺎﺱ , ﺷﻤﻌﻮﻥ , ﻓﻴﺎﺽ , ﻗﻀﺎ , ﺳﺎﺭﻡ , ﻋﻴﻨﺎﺽ , ﺳﺎﻳﻢ , ﻋﻮﺿﻮﻥ , ﺑﻴﻮﺯﺭ ,
ﻛﺰﻭﻝ , ﺑﺎﺳﻞ , ﺑﺎﺳﺎﻥ , ﻻﺧﻴﻦ , ﻏﻠﻀﺎﺕ , ﺭﺳﻮﻍ , ﺭﺷﻌﻴﻦ , ﺍﻟﻤﻮﻥ ,
ﻟﻮﻍ , ﺑﺮﺳﻮﺍ , ﺍﻻﻇﻴﻢ , ﺭﺷﺎﺩ , ﺷﺮﻳﺐ , ﻫﻴﺒﻞ , ﻣﻴﻼﻥ , ﻋﻤﺮﺍﻥ , ﻫﺮﻳﻴﺐ ,
ﺟﺮﻳﺖ , ﺷﻤﺎﻉ , ﺻﺮﻳﺦ , ﺳﻔﺎﻥ , ﻗﺒﻴﻞ , ﺿﻌﻀﻊ , ﻋﻴﺼﻮﻥ , ﻋﻴﺼﻒ , ﺻﺪﻳﻒ ,
ﺑﺮﻭﺍﺀ , ﺣﺎﺻﻴﻢ , ﻫﻴﺎﻥ , ﻋﺎﺻﻢ , ﻭﺟﺎﻥ , ﻣﺼﺪﺍﻉ , ﻋﺎﺭﻳﺲ , ﺷﺮﺣﺒﻴﻞ , ﺧﺮﺑﻴﻞ ,
ﺣﺰﻗﻴﻞ , ﺍﺷﻤﻮﺋﻴﻞ , ﻏﻤﺼﺎﻥ , ﻛﺒﺒﺮ , ﺳﺒﺎﻁ , ﻋﺒﺎﺩ ﺑﺜﻠﺦ , ﺭﻳﻬﺎﻥ , ﻋﻤﺪﺍﻥ ,
ﻣﺮﻗﺎﻥ , ﺣﻨﺎﻥ , ﻟﻮﺣﻨﺎ , ﻭﻻﻡ , ﺑﻌﻴﻮﻝ , ﺑﺼﺎﺹ , ﻫﺒﺎﻥ , ﺍﻓﻠﻴﻖ , ﻗﺎﺯﻳﻢ , ﻧﺼﻴﺮ ,
ﺍﻭﺭﻳﺲ , ﻣﻀﻌﺲ , ﺟﺬﻳﻤﺔ , ﺷﺮﻭﺣﻴﻞ , ﻣﻌﻨﺎﺋﻴﻞ , ﻣﺪﺭﻙ , ﺣﺎﺭﻡ , ﺑﺎﺭﻍ ﻫﺮﻣﻴﻞ ,
ﺟﺎﺑﺪ , ﺯﺭﻗﺎﻥ , ﺍﺻﻔﻮﻥ , ﺑﺮﺟﺎﺝ , ﻧﺎﻭﻯ , ﻫﺰﺭﺍﺑﻦ ﺍﺷﺒﻴﻞ , ﻋﻄﺎﻑ , ﻣﻬﻴﻞ ,
ﺯﻧﺠﻴﻞ , ﺷﻤﻄﺎﻥ , ﺍﻟﻘﻮﻡ , ﺣﻮﺑﻠﺪ , ﺻﺎﻟﺢ , ﺳﺎﻧﻮﺥ , ﺭﺍﻣﻴﻞ , ﺯﺍﻣﻴﻞ , ﻗﺎﺳﻢ ,
ﺑﺎﻳﻴﻞ , ﺑﺎﺯﻝ , ﻛﺒﻼﻥ , ﺑﺎﺗﺮ , ﺣﺎﺟﻢ , ﺟﺎﻭﺡ , ﺟﺎﻣﺮ , ﺣﺎﺟﻦ , ﺭﺍﺳﻞ , ﻭﺍﺳﻢ ,
ﺭﺍﺩﻥ , ﺳﺎﺩﻡ , ﺷﻮﺷﺎ , ﺟﺎﺯﺍﻥ , ﺻﺎﺣﺪ , ﺻﺤﺒﺎﻥ , ﻛﻠﻮﺍﻥ , ﺻﺎﻋﺪ , ﻏﻔﺮﺍﻥ , ﻏﺎﻳﺮ ,
ﻻﺣﻮﻥ , ﺑﻠﺪﺥ , ﻫﻴﺪﺍﻥ , ﻻﻭﻯ , ﻫﻴﺮﺍﺀ , ﻧﺎﺻﻰ , ﺣﺎﻧﻚ , ﺣﺎﻓﻴﺦ , ﻛﺎﺷﻴﺦ ,
ﻻﻓﺚ , ﻧﺎﻳﻢ , ﺣﺎﺷﻢ , ﻫﺠﺎﻡ , ﻣﻴﺰﺍﺩ ,ﺍﺳﻴﻤﺎﻥ , ﺭﺣﻴﻼ , ﻻﻃﻒ , ﺑﺮﻃﻔﻮﻥ ,
ﺍﺑﺎﻥ , ﻋﻮﺭﺍﺋﺾ , ﻣﻬﻤﺘﺼﺮ , ﻋﺎﻧﻴﻦ , ﻧﻤﺎﺥ , ﻫﻨﺪﻭﻳﻞ , ﻣﺒﺼﻞ , ﻣﻀﻌﺘﺎﻡ ,
ﻃﻤﻴﻞ , ﻃﺎﺑﻴﺢ , ﻣﻬﻤﻢ ﺣﺠﺮﻡ , ﻋﺪﻭﻥ , ﻣﻨﺒﺪ , ﺑﺎﺭﻭﻥ , ﺭﻭﺍﻥ , ﻣﻌﺒﻦ , ﻣﺰﺍﺣﻢ ,
ﻳﺎﻧﻴﺪ , ﻻﻣﻰ , ﻓﺮﺩﺍﻥ , ﺟﺎﺑﺮ , ﺳﺎﻟﻮﻡ , ﻋﻴﺺ , ﻫﺮﺑﺎﻥ , ﺟﺎﺑﻮﻙ , ﻋﺎﺑﻮﺝ , ﻣﻴﻨﺎﺕ ,
ﻗﺎﻧﻮﺡ , ﺩﺭﺑﺎﻥ , ﺻﺎﺧﻢ , ﺣﺎﺭﺽ , ﺣﺮﺍﺽ , ﺣﺮﻗﻴﺎ , ﻧﻌﻤﺎﻥ , ﺍﺯﻣﻴﻞ , ﻣﺰﺣﻢ ,
ﻣﻴﺪﺍﺱ , ﻳﺎﻧﻮﺡ , ﻳﻮﻧﺲ , ﺳﺎﺳﺎﻥ , ﻓﺮﻳﻢ , ﻓﺮﻳﻮﺵ , ﺻﺤﻴﺐ , ﺭﻛﻦ , ﻋﺎﻣﺮ ,
ﺳﺤﻨﻖ , ﺯﺍﺧﻮﻥ , ﺣﻴﻨﻴﻢ , ﻋﻴﺎﺏ , ﺻﺒﺎﺡ , ﻋﺮﻓﻮﻥ , ﻣﺨﻼﺩ , ﻣﺮﺣﻢ , ﺻﺎﻧﻴﺪ ,
ﻏﺎﻟﺐ , ﻋﺒﺪﺍﻟﻠﻪ , ﺍﺩﺭﺯﻳﻦ , ﻋﺪﺳﺎﺭ , ﺯﻫﺮﺍﻥ , ﺑﺎﻳﻊ , ﻧﻈﻴﺮ , ﻫﻮﺭﻳﻦ , ﻛﺎﻳﻮﺍﺷﻴﻢ ,
ﻓﺘﻮﺍﻥ , ﻋﺎﺑﻮﻥ , ﺭﺑﺎﺥ , ﺻﺎﺑﺢ , ﻣﺴﻠﻮﻥ , ﺣﺠﺎﻥ , ﺭﻭﺑﺎﻝ , ﺭﺍﺑﻮﻥ , ﻣﻌﻴﻼ ,
ﺳﺎﻳﻌﺎﻥ , ﺍﺭﺟﻴﻞ , ﺑﻴﻐﻴﻦ , ﻣﺘﻀﺢ , ﺭﺣﻴﻦ , ﻣﺤﺮﺍﺱ , ﺳﺎﺧﻴﻦ , ﺣﺮﻓﺎﻥ ,
ﻣﻬﻤﻮﻥ , ﺣﻮﺿﺎﻥ , ﺍﻟﺒﺆﻥ , ﻭﻋﺪ , ﺭﺧﻴﻮﻝ , ﺑﻴﻐﺎﻥ , ﺑﺘﻴﺤﻮﺭ , ﺣﻮﻇﺒﺎﻥ , ﻋﺎﻣﻞ ,
ﺯﺣﺮﺍﻡ , ﻋﻴﺲ , ﺻﺒﻴﺢ , ﻳﻄﺒﻊ , ﺟﺎﺭﺡ , ﺻﻬﻴﺐ , ﺻﺒﺤﺎﻥ , ﻛﻠﻤﺎﻥ , ﻳﻮﺧﻰ ,
ﺳﻤﻴﻮﻥ , ﻋﺮﺿﻮﻥ , ﺣﻮﺣﺮ , ﻳﻠﺒﻖ , ﺑﺎﺭﻉ , ﻋﺎﺋﻴﻞ , ﻛﻨﻌﺎﻥ , ﺣﻔﺪﻭﻥ , ﺣﺴﻤﺎﻥ ,
ﻳﺴﻤﻊ , ﻋﺮﻓﻮﺭ , ﻋﺮﻣﻴﻦ , ﻓﻀﺤﺎﻥ , ﺻﻔﺎ , ﺷﻤﻌﻮﻥ , ﺭﺻﺎﺹ , ﺍﻗﻠﺒﻮﻥ , ﺷﺎﺧﻢ ,
ﺧﺎﺋﻴﻞ , ﺍﺣﻴﺎﻝ , ﻫﻴﺎﺝ , ﺯﻛﺮﻳﺎ , ﻳﺤﻴﻰ , ﺟﺮﺟﻴﺲ , ﻋﻴﺴﻰ ﺑﻦ ﻣﺮﻳﻢ , ﻣﺤﻤﺪ
ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻴﻬﻢ ﺍﺟﻤﻌﻴﻦ .



sumber fb : ustaz Iqbal Zain 

Tuesday 22 September 2015

2 Sunnah Nabi Yang Sering Ditinggalkan

 Oleh : USTAZ MUHADIR HJ JOLL

Syaikhuna, Al-Alim al-Allamah al-Faqih, Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari, hafizhahullah, sering mengingatkan agar para imam terutamanya, tidak meninggalkan 2 Sunnah Nabi ini, selepas sembahyang Subuh dan Maghrib. Begitulah keikhlasan beliau dalam ceramah-ceramah dan taushiyahnya, selalu mengingatkan para imam dan para ustaz serta pemimpin agama dalam masyarakat agar “tidak menjadi sebab kepada terkuburnya Sunnah Nabi …” Beliau sememangnya terkenal sebagai seorang yang sangat menjaga Sunnah dan adab ilmu, nafa‟anallahu bihi wa bi „ulumihi fid darain, Amiin… .

Al-Faqir ingin menjelaskan 2 amalan yang dimaksudkan oleh Fadhilah Syaikhuna itu, iaitu:


(1) Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan:


"Laa ilahaillah wah dahu lasyarikalah, lahul mulk hamduyuhyi wayumit wahua 'ala kulli syai in qodir"


“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” 

Fadhilat: Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang membaca selepas sembahyang Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata sebanyak 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah."

(Riwayat Imam Tarmizi dengan Sanad Hasan, Imam Ath-Thobrani menyebutnya di dalam Al-Aushot dan Al-Kabir. Lihat juga Shahih Targhib wa Tarhib, 1/306. Imam An-Nasa'i menambah selepas dengan ' '. Beliau (Imam An-Nasa'i)juga menambah (tentang ganjarannya):

"Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba." Imam Ath-Thobrani menambah: "Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba dari anak Nabi Ismail dengan harga seorang dari mereka 12000...". Rujuk Khulashah Syawariq al-Anwar min Ad'iyah as-Sadah al-Akhyar susunan Al-Allamah al-Muhaddith al-Habib Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani,al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t, ms. 14-15)



(2) Membaca sebanyak 7 kali sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan : 



“Ya Allah,peliharalah aku dari api neraka.” 


Fadhilat: Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi bersabda: “Apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirni min nar”, 7 kali,maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: 


“Allahumma ajirni min nar”,


7 kali,maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka." 

(Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i. Disebut juga oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam 3 kitabnya iaitu Nata'ij al-Afkar, 2/326, Al-Futuhat ar-Rabaniyyah, 3/69 dan Hidayah ar-Ruwah, 2/472) Catatan: Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama' (ramai) umpamanya: 

“Ya Allah, peliharalah kami dari api neraka.” 


Rumusan: 


1. Berusahalah untuk mengekalkan duduk Tawarruk atau Iftirasy (jika tidak mampu) selepas Tahiyyat Akhir sembahyang Subuh dan Maghrib, dengan tidak berkata-kata, sehinggalah selesai membaca bacaan pertama tersebut sebanyak 10 kali. Selepas itu, barulah merubah kedudukan mengikut keselesaan masing-masing. Untuk sembahyang-sembahyang lain, bilangannya bolehlah dibaca 3 kali. 


2. Berusaha tidak meninggalkan bacaan kedua sebanyak 7 kali selepas sembahyang Subuh dan Maghrib, dengan tidak berkata-kata, sehinggalah selesai membacanya. Untuk sembahyang lain, bilangannya bolehlah dibaca 3 kali. 


3. Hendaklah berusaha mengamalkan kedua-dua Sunnah Nabi yang mudah ini untuk sembahyang Subuh dan Maghrib, walau sesibuk mana sekalipun. 


4. Janganlah para imam atau orang perseorangan memendekkan membaca keduanya (umpamanya tidak cukup bilangan 10 kali bagi bacaan pertama dan tidak cukup bilangan 7 kali bagi bacaan kedua) kerana ada majlis ceramah/ kuliah/ tazkirah Subuh atau Maghrib selepas sembahyang. Ketahuilah bahawa kedua amalan ini mengandungi ganjaran yang sangat besar dan tidak mengambil masa yang panjang (bacaan pertama +- 1 minit 25 saat dan bacaan kedua 20 saat). 


5. Usahakan agar kita “tidak menjadi sebab kepada terkuburnya Sunnah Nabi …”. Jika orang awam/ makmum melihat para imam dan pemimpin agama (ustaz dan lain-lain) tidak melakukannya, mereka mungkin beranggapan „boleh‟ atau „tidak apa‟ ditinggalkan dengan alasan para imam dan ustaz sendiripun tidak melakukannya… Justeru, ia menjadi fitnah dalam agama., fata‟ammalu… 


6. Mengamal Sunnah Nabi sahaja sudah sangat besar ganjarannya, belum lagi ganjaran amalan Sunnah itu sendiri. 


7. Antara tanda cinta seseorang kepada Rasulullah ialah dengan mengamalkan Sunnah Baginda . “Sesiapa yang berpegang (mengamalkan bersungguh) sunnahku ketika umat sudah binasa (teruk), maka baginya pahala 100 mati syahid.” Dan dalam riwayat lain: “Maka baginya pahala sekali mati syahid.” 


Riwayat Ath-Thobrani dari hadith Abu Hurairah. Diriwayatkan juga oleh Al-Baihaqi dalam kitabnya Az-Zuhd al-Kabir. Ibn Adi menyebutkannya di dalam kitabnya Al-Kamil dan Az-Zahabi menyebutkannya dalam kitabnya Mizan al-I’tidal) 


Al-Faqir Ilallahil Qadir, Khuwaidim al-„Ilm wa Ahlih, Muhadir Haji Joll 1 Ramadhan 1432H/ 1 Ogos 2011M * dipersilakan untuk disebar luaskan demi kecintaan kepada Rasulullah dan mengambil berat tentang hal ehwal ummah marhumah.









Friday 18 September 2015

Facebook tak menggambarkan kehidupan sebenar seseorang


Biasa tak tengok orang post gambar tengah makan kat restoran mewah dengan suami, bahagia bercuti kat luar negara dengan keluarga. Biasa kan?
Bila tengok, apa kita rasa?
Salah satu sebab kenapa ramai orang stress hari ni adalah bila mereka mula membandingkan kehidupan mereka dengan orang lain di media sosial.
Manusia selalunya percaya apa yang mereka nampak di media sosial adalah gambaran sebenar kehidupan sesorang.
Ini pesan guru saya. Ingat sampai bila-bila.


“Apa yang kita nampak di media sosial tak menggambarkan kehidupan lengkap mereka. Kita cuma nampak apa yang telah dipilih, disusun dan diatur untuk ditunjukkan ke dunia.”


Kadang-kadang, saya rasa bersalah bila orang cakap, “Kalaulah aku boleh jadi macam Da’i Izzhar, mesti best.”
Seolah-olah saya ada kehidupan yang sangat sempurna!
.
Berapa ramai yang tahu selama ini saya ke sri pentas untuk mengacara MHI dengan motor Honda kapcai?
Berapa ramai yang tahu saya pernah solat subuh tepi jalan raya sebab motor rosak dan saya ada 7 minit lagi nak On Air?
Berapa ramai yang tahu lepas habis ceramah waktu malam saya tersadai tepi jalan sampai 3 pagi sebab dah tak larat nak drive balik rumah?
.
Sebab disebalik apa yang kita nampak, sebenarnya banyak lagi yang kita tak nampak.
Status-status ceria di wall tak semestinya menggambarkan kawan kita itu punyai kehidupan yang bahagia sempurna.
Lambakan gambar kucing comel di wall tak bermaksud mereka tak kisah tentang isu semasa.
.
Tak perlu salahkan takdir kenapa hidup aku tak best macam orang lain.
Jangan terlalu bandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Cerita hidup kita dan mereka tak sama. Kesusahan dan keperitan yang dilalui jauh berbeza.
Sebenarnya, hari ni juga kita boleh mula tulis skrip kehidupan yang kita idamkan. Mulakan dengan syukuri apa kita ada, teruskan usaha untuk tingkatkan kualiti hidup kita.
Chaiyok!







Al Imam Al Ghazali رحمه الله menyatakan 4 sifat Guru yang mursyid.
1
 Tidak mencintai dunia dan mencintai pangkat.

2
 Guru tersebut telah berguru dengan gurunya yang mursyid yang mengetahui banyak ilmu dan gurunya mursyid itu berguru dengan gurunya yang mursyid yang kesemuanya mempunyai silsilah sanad sehingga kpd Rasulillah ﷺ .

 3
Guru tersebut mendidik dirinya dgn sedikit makan, sedikit bercakap ², sedikit tidur, dan banyak solat, sedekah, dan puasa.

4.
 Mempunyai akhlak yang mulia.

Semoga kita semua dipelihara dari tipu daya syaitan laknatullah yang menggunakan wasilah yahudi laknatullah yang mengajar umat manusia memperoleh ilmu daripada buku semata-mata tanpa menghadap guru yang mursyid yang mempunyai sanadnya sampai kepada Rasulullah ﷺ .

Thursday 3 September 2015






Ulama Bujang.

Pesan seorang ustaz :

'Sepatutnya penuntut ilmu kena pegang/baca kitab ni supaya niat belajar tak lari atau terpesong'


*Penuntut ilmu/santri pesantren zaman dulu hnya berkahwin dgn izin guru atau setelah mendapat arahan guru meraka.




# Pesanan diatas disampaikan oleh seorang ust yg mengajar di pondok di kedah




DOA NURUN NUBUWWAH




Inilah doanya..

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akanmenggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang banyak sekali dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah.

Dan di antara khasiat –khasiatnya adalah seperti berikut;



(1) Pelindung dari Sihir.


Di riwayatkan , bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu Wa Taala untuk menyampaikan doa ini kepadamu / Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila di baca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir / tenung atau penyakit.



(2) Hajat Tercapai.


Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.



(3) Penyelamat dari gangguan makhluk halus.


Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis, jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan minggat tanpa kembali lagi.



(4) Dimuliakan orang


Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”



(5) Pengasih


Bilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.



(6) Air masin menjadi tawar


Bilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.



(7) Bertemu para nabi

Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali, kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, di samping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang, dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.



(8) Penyembuh Kesakitan.


Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’ Allah akan lekas sembuh.



(9) Mengubat dari kerasukan.


Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.



(10) Kuat berjalan


Bilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.



(11) Turun hujan.


Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.



(12) Pengaman bagi orang bertengkar


Bilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.



(13) Musuh menjadi takut


Bilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini, Insya’ allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda.



(14) Sulit bersalin.

Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.



(15) Sakit mata


Bilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’allah akan lekas sembuh.



(16) Penawar gigitan ular


Bilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’ Allah akan lekas sembuh.



(17) Raja Jin.


Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat. Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.



(18) Terhindar dari Kekufuran.


Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.



(19) Menjumpai Jin.

Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.



(20) Penyelamat siksa neraka.


Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.



(21) Ingin mimpi yang indah.


Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.



(22) Awet Muda


Bilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.



(23) Memberi keselamatan.


Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.



(24) Menjadi kuat


Bilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.



(25) Gigitan yang kuat


Bilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.



(26) Penyeri wajah.



Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.



(27) Binatang menjadi patuh.

Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.



(28) Melamar wanita.

Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus di tempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.



(29) Harta dunia.


Bilamana anda ingin harta dunia, maka bacalah doa ini pada kunir (kunyit putih / temu) kemudian tanamlah di tanah, Insya’Allah akan jadi emas, tapi jangan berbicara atau beritahu orang lain





# pesan guru boleh amalkan tapi biarlah niat itu elok jangan niat bukan2 takut salah amalnya nanti. guru nak bagitahu pun takut sebenarnya takut orang buat tak elok