Oleh : USTAZ MUHADIR HJ JOLL
Syaikhuna, Al-Alim al-Allamah al-Faqih, Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari, hafizhahullah, sering mengingatkan agar para imam terutamanya, tidak meninggalkan 2 Sunnah Nabi ini, selepas sembahyang Subuh dan Maghrib. Begitulah keikhlasan beliau dalam ceramah-ceramah dan taushiyahnya, selalu mengingatkan para imam dan para ustaz serta pemimpin agama dalam masyarakat agar “tidak menjadi sebab kepada terkuburnya Sunnah Nabi …” Beliau sememangnya terkenal sebagai seorang yang sangat menjaga Sunnah dan adab ilmu, nafa‟anallahu bihi wa bi „ulumihi fid darain, Amiin… .
Al-Faqir ingin menjelaskan 2 amalan yang dimaksudkan oleh Fadhilah Syaikhuna itu, iaitu:
(1) Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk Tahiyyat Akhir dan tidak berkata-kata, sehingga selesai bacaan:
"Laa ilahaillah wah dahu lasyarikalah, lahul mulk hamduyuhyi wayumit wahua 'ala kulli syai in qodir"
“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Fadhilat: Hadith dari Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang membaca selepas sembahyang Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti Tasyahhud Akhir, sebelum berkata-kata sebanyak 10 kali, ditulis baginya 10 kebaikan, dihapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa), diangkatkan baginya 10 darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga dari segala perkara yang dibenci, terbenteng dari syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah."
(Riwayat Imam Tarmizi dengan Sanad Hasan, Imam Ath-Thobrani menyebutnya di dalam Al-Aushot dan Al-Kabir. Lihat juga Shahih Targhib wa Tarhib, 1/306. Imam An-Nasa'i menambah selepas dengan ' '. Beliau (Imam An-Nasa'i)juga menambah (tentang ganjarannya):
"Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama membebaskan seorang hamba." Imam Ath-Thobrani menambah: "Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan seorang hamba dari anak Nabi Ismail dengan harga seorang dari mereka 12000...". Rujuk Khulashah Syawariq al-Anwar min Ad'iyah as-Sadah al-Akhyar susunan Al-Allamah al-Muhaddith al-Habib Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani,al-Qahirah: Dar Wahdan, t.t, ms. 14-15)
(2) Membaca sebanyak 7 kali sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan :
“Ya Allah,peliharalah aku dari api neraka.”
Fadhilat: Hadith dari Al-Harith bin Muslim dari ayahnya berkata: Nabi bersabda: “Apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirni min nar”, 7 kali,maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan sembahyang Maghrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata:
“Allahumma ajirni min nar”,
7 kali,maka sekiranya kamu meninggal dunia pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan dari api neraka."
(Riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i. Disebut juga oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam 3 kitabnya iaitu Nata'ij al-Afkar, 2/326, Al-Futuhat ar-Rabaniyyah, 3/69 dan Hidayah ar-Ruwah, 2/472) Catatan: Boleh juga menggunakan shighah (bentuk) jama' (ramai) umpamanya:
“Ya Allah, peliharalah kami dari api neraka.”
Rumusan:
1. Berusahalah untuk mengekalkan duduk Tawarruk atau Iftirasy (jika tidak mampu) selepas Tahiyyat Akhir sembahyang Subuh dan Maghrib, dengan tidak berkata-kata, sehinggalah selesai membaca bacaan pertama tersebut sebanyak 10 kali. Selepas itu, barulah merubah kedudukan mengikut keselesaan masing-masing. Untuk sembahyang-sembahyang lain, bilangannya bolehlah dibaca 3 kali.
2. Berusaha tidak meninggalkan bacaan kedua sebanyak 7 kali selepas sembahyang Subuh dan Maghrib, dengan tidak berkata-kata, sehinggalah selesai membacanya. Untuk sembahyang lain, bilangannya bolehlah dibaca 3 kali.
3. Hendaklah berusaha mengamalkan kedua-dua Sunnah Nabi yang mudah ini untuk sembahyang Subuh dan Maghrib, walau sesibuk mana sekalipun.
4. Janganlah para imam atau orang perseorangan memendekkan membaca keduanya (umpamanya tidak cukup bilangan 10 kali bagi bacaan pertama dan tidak cukup bilangan 7 kali bagi bacaan kedua) kerana ada majlis ceramah/ kuliah/ tazkirah Subuh atau Maghrib selepas sembahyang. Ketahuilah bahawa kedua amalan ini mengandungi ganjaran yang sangat besar dan tidak mengambil masa yang panjang (bacaan pertama +- 1 minit 25 saat dan bacaan kedua 20 saat).
5. Usahakan agar kita “tidak menjadi sebab kepada terkuburnya Sunnah Nabi …”. Jika orang awam/ makmum melihat para imam dan pemimpin agama (ustaz dan lain-lain) tidak melakukannya, mereka mungkin beranggapan „boleh‟ atau „tidak apa‟ ditinggalkan dengan alasan para imam dan ustaz sendiripun tidak melakukannya… Justeru, ia menjadi fitnah dalam agama., fata‟ammalu…
6. Mengamal Sunnah Nabi sahaja sudah sangat besar ganjarannya, belum lagi ganjaran amalan Sunnah itu sendiri.
7. Antara tanda cinta seseorang kepada Rasulullah ialah dengan mengamalkan Sunnah Baginda . “Sesiapa yang berpegang (mengamalkan bersungguh) sunnahku ketika umat sudah binasa (teruk), maka baginya pahala 100 mati syahid.” Dan dalam riwayat lain: “Maka baginya pahala sekali mati syahid.”
Riwayat Ath-Thobrani dari hadith Abu Hurairah. Diriwayatkan juga oleh Al-Baihaqi dalam kitabnya Az-Zuhd al-Kabir. Ibn Adi menyebutkannya di dalam kitabnya Al-Kamil dan Az-Zahabi menyebutkannya dalam kitabnya Mizan al-I’tidal)
Al-Faqir Ilallahil Qadir, Khuwaidim al-„Ilm wa Ahlih, Muhadir Haji Joll 1 Ramadhan 1432H/ 1 Ogos 2011M * dipersilakan untuk disebar luaskan demi kecintaan kepada Rasulullah dan mengambil berat tentang hal ehwal ummah marhumah.
No comments:
Post a Comment