Sunday 20 January 2013

Etika Purdah Yang WAJIB Kita Maklum!




Bismillah.

Dear journal,

  Setelah lama aku invincible kan diri aku, akhirnya aku kembali jadi keyboard fighterbalik! [Ok, ayat bro Bundle] Apapun, mula-mula aku susun 10 jari minta maaf kepadageng Blogger sebab.. Sebab nak raya? Ok, lupakan. Yang pasti, lepas bulanRamadhan insyaAllah aku akan usaha check out geng Blogger. [Laptop baru aku rosak, itu cerita sebenarnya.]

  Alrite. Semalam, ada 2 orang akhwat [bro-bro] yang prihatin tentang isu niqabisAKAgadis berpurdah meluahkan keprihatinan mereka dalam wall post Facebook diorang.Let’s check it out!


  Tiba-tiba tergerak hati aku nak buat perkongsian etika berpurdah. Mungkin ramai yangtaktau, atau dah tau tapi dah lupa? Takpe, kita buat perkongsian bersama!

  Oh ya, dan kalau nak tau jugak cabaran berpurdah, boleh baca isu yang aku dah postlama dalam Dilema Orang Nak Berpurdah.


*********************************************************************************


No 1 : Niat Berpurdah?

xxmylifeisdabestxx.blogspot.com

  Sebab apa nak berpurdah? Sebab sunnah? Sebab suami suruh, jadi nak dapatkeredhaan suami dan Allah? Atau sebab trend, tengok semua pakai purdah kita terikut-ikut? Atau sebab nak perhatian? Atau sebab nak gelaran wanita solehah?

  Tepuk dada, tanya iman, tanya diri sendiri. Kalau niat kita lurus, syukur. Kalau niat salah? Lebih baik betulkan dulu, sebab bila terpesong niat, apa yang kita buat, orang akan mudah nampak, terutama yang bersih hati dia. Percaya la.

  And siapa kata kalau dari awal niat dah lurus tak perlu diperbaharui dari semasa kesemasa? Kalau boleh, tiap kali nak ikat purdah kat muka, cakap dengan diri sendiri, ini semua untuk teruskan sunnah. Semua ni demi menuntut keredhaan Allah.

  Dah lepas etika 1AlhamdulillahOps! Tunggu dulu! Ada lagi etika lain.


No 2 : Purdah, Perlu ke Istiqamah?


islampeace1.wordpress.com

  Sebab tu nak pakai purdah kena faham. Ada sesetengah orang pakai purdah untuk keselamatan. Jadi, kalau dia tak istiqamah pun tak salah. Misalnya kalau dia jalan-jalan dengan keluarga dia, dia yakin tak diancam, tak salah dia bukak.

  Kalau istiqamah? Lagi baik! Dia rasa kuat jalankan sunnah, apa salahnya? Yang pasti,Allah takkan kurangkan ganjaran untuk orang yang sentiasa berusaha kan?

  Jadi, tak perlu pertikaikan bila bukak tutup. Tapi, kenalah tahan sikit dengan persepsi masyarakat. Terutama bila pakai sekadar dalam gambar. [Maksud aku, pakai saja-saja] Kalau rasa tak mampu hadap, maka anda dah tersekat dalam etika no 2..

  Kalau mampu? AlhamdulillahJom teruskan!


No 3 : Bergambar Dengan Purdah, Bagaimana?

  Bagi aku, sebenarnya isu gambar ni antara isu terbesar orang berpurdah. Baik, jom kita ikut etika yang sebenar bergambar dengan purdah ya.

  Pertama. Digalakkan bergambar ramai-ramai. Contohnya,

fareeznazlan.wordpress.com

  See, kita takkan fokus kat seorang pemakai purdah sahaja. Dan kalau boleh, jangan difokus kat muka jugak bila bergambar. Jadi melindungi daripada jadi perhatian.

  Kedua. Kalau nak bergambar sorang boleh, tapi biarlah tak fokus kat muka, setegasnya tak bertabaruj [Hias lebih-lebih] dan sekurang-kurangnya separuh badan nampak. Contohnya,



saharayusuf.blogspot.com

  Dan tak perlu la buat posing comel, posing yang orang-awam-taknak-tengok-orang-berpurdah-buat. Faham kanDan tak perlu bertabaruj [lebih-lebih dalam berhias], sebab niat utama berpurdah ni untuk elakkan diri dipandang, bukannya makin giandipandang.

  Kalau rasa ada gambar-gambar berpurdah yang tak kena dengan etika, eloklah dipadam dan muhasabah diri masing-masing..

  Kita dah lepas ketiga-tiga etika?




No 4 : Pemakaian Berpurdah.

  First, kita kena faham. Aku bukan cakap pakai purdah semua serba hitam kat Malaysiani tak boleh, tapi personally aku tak galakkan. Sebab, persepsi masyarakat, penerimaan masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat Arab.

  “Elehlantak la diorang punya penerimaan. Yang penting, niat!”

  Salah. Salah sangat. Sebenarnya dengan purdah kita boleh dakwahdakwah melalui contoh kepada diri sendiri. Bila kita berpurdah dalam keadaan menyenangkan masyarakat, mesti masyarakat akan terima kita seadanya, seterusnya galakan sunnahditeruskan.

  Tapi kalau kita takutkan diorang? Pakai serba hitam, bak kata sedara aku macam ‘momok’Tau tak dalam diam masyarakat luahkan perasaan yang diorang takut? Dan ada sesetengah pihak harap Malaysia haramkan purdah demi keselesaan, keselamatandiorang?

chynatic.tumblr.com

  Sikit banyak kita dah susahkan sis-sis kita yang nak ikut tegakkan sunnahTak ke nayanamanya?

  Tak salah pun pakai purdah dengan baju berwarna. Pakai la warna yang lembut, warna yang tak menonjol, warna yang bukan berwarna-warni. Islam itu kanmenyenangkan? Masyarakat tengok pun, sejuk hati.. Tak rasa takut pun nak komunikasi dengan kita.

  Dan kat sini aku nak ajak. Purdah tutak perlu la bermanik berhias bagai, kecuali timenikah. Pakai jela biasa-biasa punya dan tak aneh-aneh sampai menarik perhatian orang. Cukuplah ada macam-macam style tudung, sekarang purdah pulak?


No 5 : Kenapa Nak Harapkan Keselamatan Melalui Purdah Kalau Aurat Pun Tak Cukup Sempurna??

  Wahai adik-adik, wahai teman-teman yang aku sayang..

  Kalau kita pakai purdah tapi tudung tak lepas bahu, siap ada bonggol, baju menonjol sangat dengan warna-warni, nampak bentuk badan, so, apa point kita sebenarnyaberpurdah? Sekadar nak tunjuk kita berpurdah kat orang awam?

  Fahami la konsep. Menutup aurat DENGAN SEMPURNA itu WAJIBAllah SWT sendirifirman mengenai tutup aurat dengan sempurna akan dilindungiNyaBerpurdah ituSUNNAH. Dia macam tambahan lepas tutup aurat dengan sempurna.

  Kalau tutup aurat dengan sempurna pun tak lepas, macam mana nak selamat denganpurdah? Lain la kalau dah tutup aurat dengan sempurna, tapi rasa lebih selamat denganpurdah. Itu barulah betul.

  Tolong. Betulkan niat dan fahami konsep dengan teliti. Islam itu kan halus?


No 6 : Purdah dan Akhlak.

muslimwomennews.com

  Yang ni ramai jugak tanya aku. Nak berpurdah, tapi takut tak kena dengan perangai. Cuba bagitau aku sikit, perangai macam mana tu?

  Kalau asyik mencarut-carut tu.. Alamak, memang perlu baiki dulu. Kalau ramah, apa salahnya? Kenapa, semua orang berpurdah kena senyap-senyap je ke? Kena jadi pendiam gitu?

  Cuba kita tengok si purdah luar negara. Diorang siap berani masuk televisyen, demi tegakkan kebenaran tentang pandangan buruk masyarakat Barat tentang purdah.Diorang bersuara lantang, tegas.

  Kita? Duduk diam-diam? Jadi bayang-bayang?

  Oh tidak. Siapa kata jadi si purdah tak boleh aktif? Lain orang, lain personaliti. TAPI! Kita kena tau had limit kita. Kita sedar kedudukan kita, kita sedar tahap kita, kita sedar batasan kita. Cukuplah dengan segala kesedaran tu, kita buatlah macam orang normal.

  Tapi selalunya bila pakai purdah ni kan, automatik kita akan sentiasa jaga adab kita. Percaya la.


No 7 : Pandai-pandai La Cari Suami.

  Tau tak wujud lelaki yang bila kita kahwin, suami dia tak izinkan dia pakai purdah?Yup! Lelaki macam ni wujud kat luar sana. So salah satu etika aneh yang mana nakistiqamah berpurdah, jangan cakap aku tak ingatkan tanya bakal suami dulu redha atautak bila pakai purdah.

  Apa pun jawapan bakal suami, semuanya terletak kat tangan kita.


No 8 : Bila Peraturan Tak Izinkan Pakai Purdah.

americanbedu.com

  Aku percaya ada segelintir si purdah kat IPTA atau kerja kerajaan yang tak boleh pakaipurdah dilema dengan peraturan tu.

  Kalau orang tanya aku, aku jawab, ikut jela peraturan tu. Bukan bermaksud mengalah, tapi bagi aku benda macam ni kena ada tolak ansur. Asalkan dia tak kata kakitanganLANGSUNG tak boleh pakai purdahTu lagi naya.

  Bayangkan, kalau kita tolak ansur, tak pakai purdah time kerja. Pekerja-pekerja lainpun tak boleh cakap apa. Paling kuat pun cakap,

  “Eh, dia kat luar pakai purdah tau.”

  Tapi ayat tu normal la.

  Bayangkan, kalau kita tetap degil nak pakai. Bos bagi surat amaran, pekerja-pekerjapun ngomel,

“Dia ni tak faham bahasa kePurdah tu bukan wajib pun, sibuk nak pakai.”

  Kemudian si purdah dilabel ‘Si Degil’And kalau ramai si purdah buat macam ni,maybe pihak atasan akan mula tapis untuk ambik si purdah sebagai pekerja. Tak kenaya semua orang? Dan bagi aku kalau nak pakai jugak, buatlah surat pengecualian. Guna jalan baik. Jangan memberontak, ikut kepala kita sendiri.


*********************************************************************************


  Aku rasa, ni jela yang aku nak kupas harini. Mudah-mudahan bermanfaat, mudah-mudahan si purdah dan bakal si purdah faham betul-betul tentang etika purdah ni.

  Tolong kaji dan fahami sepenuh hati tentang purdah. Lepas tu nak pakai, pakai la. Biar kita pakai dengan ilmu penuh kat dada. Bila orang tanya nanti, takde la tersedak, terkilan. Jangan jadi nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.

  Kerana seorang si purdah yang cacat cela berpurdah tanpa ilmu, masyarakat hukum semua si purdah yang ada depan mata.

  Pegang erat-erat pernyataan ni.

  “Bidadari dunia tidak memandang dan tidak dipandang.”

sumber dari >

1 comment:

  1. Slm..terima kasih..sangat bermanfaat..memang betul ada orang yg agak 'takut' dengan wanita yg berpurdah..mungkin sebab tak biasa..pandai-pandailah sesuaikan diri InsyaAllah..

    ReplyDelete