Thursday 12 March 2015

WAJIB QADA SOLAT ATAU TIDAK?? MARI LIHAT PENJELASANYA...



Segala puji bagi Allah S.W.T yang menghidup dan mematikan kita. Yang memberi nikmat Iman dan Islam. Nikmat kedua sebagai umat Nabi S.A.W. Tidak lupa juga selawat dan salam keatas penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W, isteri-isteri baginda, keluarga baginda, para sahabat yang pemberani dan juga mereka-mereka yang mengikuti sahabat sehingga ke hari akhirat.

Amma Ba'du,

----------------------------------------------------------------------

Isu QADA solat ini bukan merupakan isu yg baru timbul, malah telah lama diperkatakan di kalangan masyarakat di Malaysia ini secara khususnya. Apabila isu ini dibawa ke tengah yakni dibawa kepada mereka yang konon-kononya sangat 'alim, berpakaian seperti ulama' besar dengan gaya yang sangat meyakinkan ummat, apabila diminta membuat ulasan, ternyata jawapan mereka sangat-sangat MENGHAMPAKAN.

Ada yang mengatakan:
  • "jika tertinggal solat fardhu tak payah qada. Cuma puasa sahaja yang perlu qada."
  • ada juga yg menganjurkan: "jika nasi itu ibarat solat fardhu, maka lauk pauk itu ibarat solat sunat. Maka perbanyakkan solat sunat. Tanpa lauk pauk, makan nasi sahaja tak sedap" 
  • dan banyak lagi jawapan-jawapan mereka (orang-orang yg keihatan alim dari segi pakaian sahaja, ilmu sifar) yang hanya didasarkan oleh akal fikiran semata-mata tanpa rujukan kitab-kitab muktabar.
----------------------------------------------------------------------

Ketahuilah oleh mu wahai pembaca, telah ijma' (sepakat) akan IMAM MUJTAHID 4 MAZHAB bahawa jika satu orang yg mempunya solat fardhu yg luput samada secara sengaja atau dengan uzur, maka wajiblah atas dia untuk menQadakan solat fardhu tersebut.  

Dengan itu untuk menguatkan lagi kenyataan dia atas, dilentangkan hujjah dari KITABUL FIQH ALA MAZAHIBIL ARBAAH (Kitab fiqh bagi 4 mazhab) bagi Syeikh Abdul Rahman AL-JAZAIRI dalam bahasa Arab. Juzu 1 (Kitabus Solah) dari 7 juzu.


Lebih kurang Melayunya;

MengQada solat yg difardukan yang mana telah luput(ditinggalkan), Wajib diQada dengan segera. Sama ada luput dengan uzur atau luput dengan ketiadaan uzur. Tidak harus melambatkan Qada melainkan dengan ada keuzuran seperti bekerja mencari rezeki dan mencari ilmu yang wajib atasnya(fardhu ain). Dan tidaklah terangkat(hilang) dosa tinggal solat dengan hanya bertaubat sahaja. Tidaklah bermakna solat yg ditinggalkan dahulu itu tidak perlu diambil kira. Cuma menuju kehadapan sahaja. Lalu bersungguh-sungguhlahlah dia melaksanakan solat sunat dan ibadah sunat. 

Dari sudut Mazhab Syafi’e

HARAM atas orang yang ada diatasnya sembahyang Qada yang mana wajib atasnya mengQada sembahyang itu dengan segera bahawa dia menyibukkan diri dengan sembahyang sunat Mutlak (apa jua sembahyang sunat), sama ada solat sunat Rawatib atau yang lainnya (sembahyang raya,terawih) hinggalah lepas tanggungannya daripada sembahyang Qada.

Dari sudut Mazhab Hambali

Haramlah diatas orang yang diatasnya itu ada sembahyang Qada bahawa dia sembahyang solat MUTLAK. Kalaulah solat ia,tidak akan terikat (tidak sah). Jika solat yang berkait seperti Solat Rawatib dan Witir maka harus baginya. Akan tetapi yang terutama baginya tinggalkan sembahyang sunat, buat sembahyang Qada.

Dari sudut Mazhab Maliki

HARAM diatas orang yang diatasnya ada sembahyang Qada bahawa ia sembahyang sesuatu daripada sembahyang sunat melainkan Sunat Fajar(subuh),Witir dan Sunat Raya. Maka apabila dia sembahyang sunat selain dari yang ini seperti sunat Tarawih adalah ia diberi pahala dari sudut diri sembahyang(suatu ketaatan) dan BERDOSA dari sudut arah melambatkan Qada. Maliki meringankan sedikit bagi Sunat Tahiyatul Masjid dan sunat Rawatib.

Dari Sudut Mazhab Hanafi

Menyibukkan sembahyang sunat tidak menafikan segera sembahyang Qada. Hanya sesungguhnya yang terutamanya perlu sibuk dengan Sembahyang Qada yang luput dan tinggalkan solat sunat melainkan sunat Rawatib,Dhuha,Tasbih,Tahiyatul Masjid,4 rakaat selepas zohor dan 6 rakaat selepas maghrib.

----------------------------------------------------------------------

Pesan Guruku, yang dikatakan boleh sembahyang sunat oleh Mazhab yang selain Syafi’e ialah jika ia dibuat bersama dengan sembahyang Qada . Jika sunat Tarawih 20 rakaat,perlu sembahyang Qada juga 20 rakaat. Mana munasabah jika Tarawih 20 rakaat,sembahyang Qada 2 rakaat sahaja bahkan ada juga yang tidak membuat sembahyang Qada.

----------------------------------------------------------------------

Dan lagi;

Tersebut juga didalam kitab KASYFUL LISAM diterjemah dari versi arab oleh Alalim Alalamah Syeikh Zainul Abidin Ibnu Muhammad Fathani, dan pengarang asalnya memindah masalah2 itu daripada kitab2 yang besar seperti TUHFAH bagi Ibnu HajarNIHAYAH bagi Ramli, dan SYARAH MINHAJ bagi Mahalli. Didalam juzu 1 (ms 22, 7 baris dari pihak bawah) dicetak di Darul Ihya Al-Kitab, Kaherah,Mesir.


Lebih kurang terjemah ruminya;

Masalah – Ditanya tentang seseorang yang ada atasnya beberapa sembahyang fardhu yang luput dengan tiada uzur, maka bercita-cita ia hendak Qada selepas bulan Ramadhan dan ia hendak mengerjakan didalam bulan Ramadhan itu Sunat Tarawih. Adakah boleh ia lambatkan Qada’ nya sebab azamnya hendak Qada selepas Ramadhan.

Jawabnya – Wajib mengQada’kan solat dengan segera dan tiada harus ia berbuat TARAWIH dan sunat lainnya. Kecuali sebab tinggal solat itu dengan uzur. Jika ditinggalkan tanpa uzur(sengaja) tidak boleh dilambatkan Qada’nya, perlu disegerakan.

----------------------------------------------------------------------

Kesimpulanya:

Dapat kita ketahui bahawa betapa solat 5 waktu itu Wajib dikerjakan. Dalam keadaan apapun ia ditinggalkan, maka harus diganti. Bahkan jika ditinggalkan dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan, ia wajib segera menggantikan solat yang ditinggalkan itu, dan lagi tidak dibenarkan mengerjakan perbuatan lain, meskipun perbuatan sunat sebelum habis mengQada’kan solat yang ditinggalkannya..

Sayugialah para pembaca dapat mengambil manfaat dari tulisan nota ini, dan apa yang ditulis bukanlah pendapat sendiritetapi mengambil nas-nas dari kitab2 Fiqh yang Muktabar

Wallahu A'Alam….sesungguhnya hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI…

No comments:

Post a Comment