Sunday, 11 November 2012

Srikandi Islam Kau Bagai Bunga Di Puncak Alps :')






Di puncak Banjaran Alps
Tanahnya berselimut salji tebal
Udaranya dingin membeku
Persekitarannya melakar lukisan sukar dan asing
Amat seksa buat makhluk bernyawa tinggal seketika apalagi selamanya

Namun di celah-celah salji itu
Ada kuntuman bunga indah
Tumbuh penuh tabah,cekal dan tenang.
Mekarnya tidak bermusim.
Sentiasa Istiqamah
Selagi ada waktu
Selagi nyawa belum ditakdirkan bernokhtah
Tidak dipersiakan peluang dan kesempatan.


Berjuang ia untuk hidup suci di puncak kedinginan
Walaupun sekelilingnya sepi
Itu bukan bererti ia bersendirian
Sesekali ia bermesra dengan tiupan deras angin gunung
Bercanda dengan mentari bila tiada awan menutup langit
Dan baginya perjuangan itulah teman sejati

Jika ada insan yang berjaya sampai puncak Alps
Kau sapa dengan senyuman
Kau hilangkan resah mereka
Kerana dengan melihatmu
Pasti mereka malu dan merendah diri
Kerana kau menjadi bukti
Bahawa yang lemah tidak bererti semestinya rebah menyerah
Pada selain takdir dan Yang Maha Berkuasa



No comments:

Post a Comment