Friday, 14 December 2012

Awas AURAT Jangan Ambil MUDAH !


Sedikit perkongsian mengenai penjagaan aurat untuk muslimah2 di luar sana , kakak saya , saudara-saudara , sahabat-sahabat , dan untuk diri saya sendiri semestinya .

Saya pasti mungkin ada yang sudah tahu penjagaan rapi aurat kita menurut syarak . Di luar sana , pendebatan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi diperkatakan .

Batas aurat wanita , dari hujung rambut hingga ke hujung kaki , kecuali muka dan kedua telapak tangan .

Berlandaskan firman ALLAH S.W.T :

Yang bermaksud , wa laa yubdiina ziinatahunnaa ” ( janganlah mereka menampakkan perhiasannya ) , adalah " wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa " , maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan .

Namun sayang , masih ada segelintir kaum wanita yang tidak mahu menutup aurat mereka . Bukannya apa , tapi sudah menjadi suatu kewajipan kita sebagai wanita Islam menutup aurat . Bila di tegur , ada juga suara-suara macam ni

" Kau cakap macam kau bagus sangat . Kau dulu lagi jahat dari aku "

Dakwah itu kan suatu tuntutan . Bukan sekadar kewajipan , tapi gerakan yang menghidupkan . Selagi kita ISLAM , tuntutan dakwah itu WAJIB walaupun kita sendiri tak berapa betul . Sekurang-kurangnya ada insan yang insaf dan bertaubat .

Kesan-kesan kita tak menutup aurat , tahu kah anda ada insan lain turut menanggung dosa kita tak menutup aurat . Siapa mereka itu ?
Mereka ialah ayah , anak lelaki , suami , saudara lelaki .

Keempat-empat lelaki ini turut sama memikul bebanan dosa yang dibuat seorang insan digelar WANITA . Kasihan mereka . Kita yang buat , mereka yang pikul . Saya sekadar berkongsi apa yang saya tahu . Sekecil mana sekalipun kesilapan kita , dosa tetap dosa . Jika di kumpul , ia akan terus bertambah dan bertambah . Saya mengaku , post ini , saya tujukan untuk diri saya sendiri juga , kerana saya sedar , kadang-kala saya mengambil ringan tentang penjagaan aurat . Sama-samalah kita berubah , berhijrah ke satu jalan yang di redhai , demi kebaikan bersama . Sekian , wasalam :)



No comments:

Post a Comment