kadang - kadang...
bila dia menolak,
bila dia menjauh,
bila dia mengelak,
bukan kerana dia membenci kamu.
bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan.
bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu...
tetapi kerana dia tahu,
dan kerana dia sedar,
ini bukan caranya,
ini bukan masanya, walaupun dia punya rasa yang sama...
dia melakukan itu kerana tidak mahu ‘merosakkan’ kamu dan yang paling penting... kerana dia tidak mahu menjadi fitnah bagi kamu...
biarlah semua ini menjarakkan antara kamu dan dia, namun jangan sampai semua ini...
menjarakkan kita dari Dia...
membuat kita berjauh dari Dia...
dan membuat kita berburuk sangka pada-Nya...
saudara semuslimku yang baik hatinya... bila dirasakan dunia ini tidak membahagiakan, ingatlah pada janji-Nya. Sesungguhnya bahagia yang kekal adalah syurga...
hakikatnya kita tidak akan temui kebahagiaan di dunia ini. Lalu, kita belajarlah untuk meredhakan segalanya demi untuk bertemu bahagia yang hakiki di sana...
No comments:
Post a Comment