Sunday, 3 February 2013

SAIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB PAHLAWANG TERBILANG









BIODATA 
        SAIDINA HAMZAH BIN ABDUL MUTALIB
Nama            :   Hamzah bin Abdul Mutalib Abdu Manaf
Keturunan    :   Bani Hasyim
Tarikh Lahir  :   570 sama tahun kelahiran Rasulullah
Tempat lahir  :   Mekah Al-Mukarramah
Jawatan        :   Panglima perang Rasulullah SAW, 
                         pembawa panji tentera Islam
Hubungan     :   Bapa saudara Nabi sebelah bapa,
                          sepupu Nabi sebelah ibu dan saudara 
                          sepenyusuan Nabi 
Hobi              :   Suka memanah dan memburu
Tarikh Wafat  :  Tahun ke-3 Hijrah
Kubur            :  Makam Syuhada’ berdekatan Bukit Uhud
Gelaran          :  Singa Allah

 PENGISLAMAN SAIDINA HAMZAH
  
1.  Rasulullah SAW telah dihina dan dicerca oleh Abu Jahal 
     Safa secara keterlaluan
2. Saidina Hamzah dapat tahu kejadian tersebut.
    Beliau sangat marah dan berjumpa Abu Jahal 
    yang sedang duduk di Masjidil Haram bersama 
    pemimpin lain.Terus memukul kepala Abu Jahal 
    dengan busar pemanahnya hingga berlumuran darah
3. Kata-kata Saidina Hamzah bukti pengislamannya:
     “Siapakah yang berani menghalang dan mencabarku?
      Telah jelas  bahawa Muhammad itu Rasul Allah dan ajaran 
      yang dibawanya adalah benar. Demi Allah, aku adalah
      pengikut Muhammad. Maka kalau berani, halanglah aku.”
4. Pengislaman Saidina Hamzah menjadikan umat Islam
    bertambah kuat dan dihormati
5. Pemimpin tidak lagi melakukan penindasan sesuka hati
    terhadap umat Islam
6. Sikap Saidina Hamzah sebenarnya didorong oleh perasaan
    kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW dan kebenaran yang
    dibawa oleh Baginda


PERIBADI SAIDINA HAMZAH
 
1. Berasal daripada keluarga  bangsawan dan disegani masyarakat Arab. Beliau tetap menjaga tingkah laku
2. Tidak penah terbabit dengan adat Jahiliah yang buruk seperti berjudi, berzina dan berfoya-foya
3. Seorang yang cekal hati dan pantas bertindak menyebabkan Rasulullah memilihnya sebagai Panglima Perang dalam Perang Badar
4. Pahlawan berani dan gagah perkasa.
    Terbukti apabila berani memukul Abu Jahal yang telah menghina Rasulullah
•  Perang Badar-dicabar berlawan dengan dua orang tentera musyrikin
   dan berjaya membunuh kedua-duanya
  Perang Uhud-berjaya menewaskan ramai tentera Quraisy
5. Kerana keberanianya,Rasulullah SAW telah memanggilnya “Singa Allah”

 SUMBANGAN SAIDINA HAMZAH
 
1.Melindungi Rasulullah SAW daripada ancaman musuh.
2.Mengambil bahagian dalam setiap peperangan serta memainkan peranan penting bagi memastikan kemenangan tentera Islam.
3.Ambil berat persaudaraan islam dan nyawa sendiri demi menegakkan Islam.
5.Membantu perkembangan dakwah Islam dan menjadikan umat Islam dihormati dan diterima masyarakat Mekah.

SYAHIDNYA SAIDINA HAMZAH
1. Gugur syahid di medan perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah.
2. Dibunuh oleh ‘Wahsyi’ pelontar lembing atas arahan tuannya
    Jubair bin Mut’im yang akan memerdekakannya.
3. Lembing tepat mengenai perut beliau kerana baju besinya 
    telah terkoyak dan rebah syahid.
4. Hindun binti Utbah telah membelah dada dan memamah
    jantung Saidina Hamzah.
5. Dikurniakan gelaran ’Saiyidus Syuhada’-Panglima 
    Sekalian Syuhada di syurga.


 IKTIBAR
Sanggup berkorban demi kepentingan Islam.
Berani menegakkan kebenaran dan tidak takut  
  akan ancaman musuh.
Gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
Waspada dengan sebarang ancaman musuh.




No comments:

Post a Comment