Friday, 15 March 2013

7 Langkah Dating Non-Halal.






Bismillah.

Dear journal,

  Teringin nak dating berdua walaupun takde ikatan? Meh sini ikut cara aku. Tapi cara ni tak boleh buat SALAH SATU. Kena buat semua sekali! Step by step!


*********************************************************************************


STEP 1 : Ajak Dating Melalui Parents.


  Anda tak boleh ngada-ngada nak ajak dating melalui boyfriend anda. Dikehendakimintak tolong parents anda bagitau si boyfriend yang anda nak dating dengan dia.

  Hal ini demikian untuk memastikan perents anda tau yang anda sedang bercinta dengan si fulan dan untuk pastikan anda diceramahditaskirah dulu sebelum dating.

  Lepas halangan satu?


STEP 2 : Pakai Pakaian Serba Hitam Dan Seperti Guni Bergerak.


  
  Perempuan dikehendaki pakai serba hitam semua dan tutup aurat semua seperti masuk guni. Purdah atau penutup mulut perlu dipakai juga. Semua mesti serba hitam.

  Lelaki pula dikehendaki memakai serba hitam jugak semuanya dan tak terkecuali pakai penutup mulut atau apa-apa sahaja yang tutup mulut. Rambut dikehendaki botak licin supaya nampak kemas.

  Hal ini memastikan pasangan anda saling tak berminat untuk menatap fizikal anda lama-lama.

  Sanggup buat?


STEP 3 : Kena Tambah Cermin Mata Gelap.


  
  Untuk menjaga mata, anda juga kedua-duanya dikehendaki memakai cermin mata gelap untuk melihat wajah boyfriend atau girlfriend anda dengan lebih terjaga. Jika kulit pasangan anda semula jadi gelap, lebih baik.

  Maka tidak terangsang la anda untuk merenung je muka dia kerana sekali pandang macam puaka.


STEP 4 : Bawak Bomb Yang Akan Meletup Jika Jarak Anda Berdua Semakin Dekat.


  
  Belilah bomb yang dapat detect jarak anda dengan pasangan dan akan meletup kalau anda berdua semakin rapat.


STEP 5 : Bawak Buku Bersama Anda.



  Hendaklah anda busy kan diri dengan buku berilmiah bila takde aktiviti dengan dia seperti menunggu bas atau menunggu makanan.

  Buku tafsiran al-QuranYasin sangat digalakkan. Jadi anda akan sentiasa berfikir-fikir sama ada nak teruskan dating ni ke tak.


STEP 6 : Pakai Signboard Kat Leher Setiap Masa.



  Hendaklah masing-masing pakai signboard kat leher dan tulis besar-besar ayat di atas.

  Mungkin kalau Jabatan Agama Islam nampak, anda boleh nikah murah?


STEP 7 : Confirm Parents Anda Takkan Lepaskan Anda Berdua-Duaan.



  Kalau parents anda jenis menjaga anak, parents anda takkan lepaskan anda berdua-duaan begitu sahaja. Mereka akan ikat anda dan bawa mereka dating sekali.

  Namun, aktiviti ini sangat baik untuk eratkan silaturahim dua hala. [Ok, kenapa gambarni mengingatkan aku time ibu kepada Encik MS berjumpa dengan ibu aku? Seramnya.. ]

*
*
*
*
*
*
*

Kesimpulannya...




hehex B)



No comments:

Post a Comment