Sunday, 1 September 2013

Buatmu para Mujahidah Solehah





Duhai Mujahidah Solehah penegak syiar,


kuatkan hatimu dan kentalkan jiwamu,
didalam kehidupan itu tidak akan indah tanpa di uji,
takkan indah tanpa hati yang suci..

Duhai sayap kiri pejuang agama,
dengarilah..
apakah makna hidup tanpa di duga,
pasti takkan ada keinsafan tanpa ujian,
takkan ada kesedaran tanpa muhasabah,
dan pastinya takkan ada ketabahan tanpa dugaan...

Mujahadah itu tidak mudah dan sangat sukar untuk ditakrifkan,
bagi yang merasainya dan memperjuangkannya,
maka bersyukurlah..

baiki dirimu dan tingkatkanlah ketaqwaanmu,
moga dirimu kuat untuk bermujahadah dalam apa jua keadaan..

simple poem for you ===>

bila hari menghitung usia,
bila hidup dilambung gelora,
kematangan diri kian dirasa..

tiada keindahan dalam kehidupan tanpa ujian,
tiada keimanan di dalam diri tanpa keinsafan,
tiada kesedaran di dalam hati tanpa penderitaan,

dan

takkan ada ketabahan tanpa dugaan..

hidup itu cukup flexsible,
indahnya di rasa apabila bermadu kasih dengan islam,
indahnya bila berselang seli dengan ujian,
indahnya juga bila diselaputi dengan kebahagiaan,
bertambah indah seandainya di hiasi dengan keimanan..

bicara hati,
seberat mana pun dugaan melanda,
tersenyumlah..
seberat manapun penderitaan menghimpit kehidupan,
tersenyumlah...
dan
sebanyak manapun airmata dialirkan kerana ujian dan dugaan,
maka tersenyumlah...

kerana senyuman itulah tanda keikhlasan hati kita,
keredhaan kita dan kepasrahan hati kita..

tiada ujian yang lebih berat melainkan ujian yang melanda RASULULLAH S.A.W.
kita tak boleh tewas,
letakkan sirahnya sebagai tauladan,
genggamlah bicaranya sebagai kekuatan..!


No comments:

Post a Comment