by Syabab Musafir Kasih
Bila berada di laman sosial, memang banyak benda yang melibatkan riak dan takabur.
Antaranya, bila upload gambar, bila buat status, bila diLIKE, bila diFOLLOW, bila dipuji dan sebagainya.
Jadi bagaimana jika nak juga berada di laman sosial, namun sifat riak atau takabur itu juga mahu dikikis sehabis mungkin?
Caranya ikuti saja nasihat para ulama, 5 ubat mudah,
1. Banyak-banyak baca al-Quran, fahami maknanya.
2. Puasa. Sekurang2nya Isnin dan Khamis.
3. Qiyamullail. Tahajjud + Baca al-Quran di sepertiga malam. Atau bangun saja sejam awal sebelum Subuh untuk tujuan ini.
4. Banyak beristighfar dan merendah diri. Segala pujian dikembalikan pada Allah.
5. Bergaul dengan orang-orang soleh/solehah.
**
- Buat status yang baik-baik kemudian tinggalkan saja ia tanpa mempedulikan bilangan LIKE atau bilangan FOLLOWER. Jangan minta LIKE atau FOLLOW.
- Ignore pujian.
- Kurangkan gambar sehabis mungkin.
Sesungguhnya tiada seorang pun yang akan mengikutimu ke alam sana kecuali 1 follower sahaja, iaitu al-Quran yang dibaca, diamal dan disayangi setiap hari.
“Bacalah Al-Qur’an, sesungguhnya Al-Qur’an itu akan datang pada hari kiamat untuk memberi syafaat bagi orang yang membacanya.” (HR Muslim)
Tuhan tidak pernah memuji, "Hebat kau ada ramai follower. Hebat kau ramai orang LIKE. Hebat kau di laman sosial. Popular kau. Osem kau. Hot kau."
Tapi bila sampai di akhirat, Allah tanya hamba-Nya sehingga bergegar seluruh semesta alam hatta Arasy,
"Limanil mulk al-yaum?!"
يَوْمَ هُم بَارِزُونَ ۖ لَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّهِ مِنْهُمْ شَيْءٌ ۚ لِّمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ ۖ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ
"(yaitu) hari (ketika) mereka keluar (dari kubur); tiada suatupun dari keadaan mereka yang tersembunyi bagi Allah. (Lalu Allah berfirman): "Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini?" Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan" (QS Ghafir ayat 16)
See.
Hari kamu takut sampai terkencing terberak dan kepala lutut tidak mampu untuk menongkat tubuh sendiri.
Maka, di manakah pergi status HOT popular kamu di dunia itu tadi?
Jawabnya, cuma tertinggal seperti najis di lubang jamban di dunia.
Ingatan pada diri ini sendiri.
No comments:
Post a Comment