Bismillah...
Ya Allah aku rindu sangat kat dia.. :'( rindu ingin melihat senyumannya.. petah bicaranya.. Allahu Rabbi aku mohon izinkan aku bertemu dengannya lagi di dunia ini atau di sana nanti.. moga kami bertemu.. insya Allah
Allah...hati ini terlalu rindu.. entah di mana dia sekarang agaknya ya ? terkadang bila lalu kat kawasan rumah dia. aku ada beri salam tapi masih tiada sesiapa yang jawab salam.. Allahu... aku tak pasti dia sekeluarga masih tinggal kat situ atau dah berpindah..
( sekarang ni aku dah berpindah jadi untuk ke rumah dia memang agak jauh )
masuk tahun nie dah 4 tahun rasanya kami tak berhubung sejak kes hp aku hilang.. entah apa khabar dengan nya..hmm aku masih ingat saat kami bersama dulu. sejak aku berpindah di kawasan tu, sejak aku berpindah ke sekolah itu dan kebetulan kami jiran dan kami satu kelas dulu :) jarak rumah kami cuma satu buah rumah je.. aku ingat lagi..di mana ada dia di situ ada aku. kami sentiasa bersama. biarpun dia seorang pengawas tapi dia tidak sombong dan tidak sedekut ilmu seperti budak pandai yang lainnya. malahan dialah yang selalu bantu aku.
malahan sedar atau tidak dialah sebenarnya mengajar aku tentang menutup aurat. slow2 dia membuka mata hati aku. waktu itu aku sering bermain kat rumah dia. dia pun dengan adik2 dia kekadang datang bermain sama2 kat rumah aku. aku gembira. sangat gembira ada sahabat seperti dia. aku banga mejadi sahabatnya. bukan kerana dia seorang yang pandai tapi aku banga menjadi sahabat dia yang dia sentiasa tidak penat menasihati aku dalam hal sekolah dan juga agama.
"Ya Allah berikan sahabatku safiyyah kemudahan dunia wal akhirat.. Allahumma Ammin.."
aku tak sabar nak tengok rupa dia sekarang. mesti makin cantik secantik akhalaknya. mesti semakin pandai dan semakin matang. aku terlalu rindu padanya... rindu ingin berada dalam dakapanya.. mendengar nasihat darinya, aku berharap sangat suatu hari kami akan bertemu. biarpun mungkin masa tu dia dah melupakan aku tapi aku harap sangat kami akan berjumpa.. insya Allah suatu hari nanti...
"Safiyyah.. merinduimu... hanya doa ku untukmu.."
Setiap kali aku merindui dia
aku akan melihat gambarnya
setiap kali aku melihat wajahnya
aku akan teringat ALLAH
Ya Rabbi... wanita ini sungguh mulia :')
Engkau tempatkanlah dia di golongan orang yang soleh Ya Allah..
Amin ya Rabb..
Semoga persahabatan kita kekal dunia wal akhirat.. insya Allah.....
24/10/15
11:50pm
No comments:
Post a Comment