Friday 14 August 2015





Siapa pun kamu.
Walau apa jua 'status'mu di muka bumi ini,
Walau apa jua pangkatmu,
Walau tinggi mana pun ilmumu,
Walau hebat mana pun kamu..
Tetap saja kamu adalah makhluk yang bergelar hamba Allah.
Kaya mana pun..
Udara hari ini tak mampu kau beli dengan harga.
Sedang Allah tetap beri dengan percuma.

Bijak mana pun.. 
Ilmumu takkan pernah cukup.
Akalmu turut terbatas untuk menerima ilmu yang pelbagai.
Tetap yang Maha Bijaksana itu adalah Allah Azza wajalla.

Didik diri hari ini untuk hidup mencari sandaran dan tempat bergantung.
Bukannya menjunjung ego tinggi-tinggi malah sombong dengan apa yang dikecapi.

Sebaik-baik sandaran dan seutuh-utuh tempat bergantung adalah kepada Allah.
Kembalilah!
Allahumma aameen.

No comments:

Post a Comment